Kehidupan di bandar & situasi ekonomi akan lebih mencabar bermula tahun 2025. Apa persediaan warga?

In Kempen Sentral
December 21, 2013
Sekian lama kita tahu bahawa kehidupan di bandar semakin mencabar hari demi hari. Lupakan faktor politik atau tampuk pemerintahan, warga di bandar harus menghadapinya sendiri. Tetapi sejauh mana kita akan mampu bertahan?

Untuk bertahan hidup di bandar, warga perlu cekal, gigih dan “lasak”. Apabila disebut “lasak”, bukanlah lasak seperti seorang askar atau lasak seperti pemanjat pokok petai atau penoreh getah di kampung. Lasak di bandar adalah sesuatu yang berbeza.

Secara umumnya juga, jika hanya suami seorang bekerja sebagai penyumbang sumber ekonomi di dalam rumah, ianya adalah sesuatu yang mencabar bagi golongan berpendapatan rendah dan menengah.

Bagi golongan menengah, dicampur-adukkan dengan cukai dan gaya hidup, kadang-kadang ianya boleh menjadi sesuatu yang di luar kawalan.

Bagaimana pula jika situasi menjadi semakin sukar. Katakanlah jika terpaksa menghadapi situasi ekonmi tidak menentu atau peningkatan inflasi melibatkan peningkatan harga barang dan penysutan nilai setiap ringgit yang diperolehi sebagai gaji? Anda rasa anda tidak akan terkesan?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments