Obesiti dan buncit adalah “Not Good”. Hentikan perbuatan mengaitkan obesiti atau buncit sebagai tanda kemakmuran dan ketenangan di dalam hidup.
Bahkan lebih merisaukan, ada yang mengaitkannya dengan kerukunan rumahtangga atau isteri pandai menjaga suami.
Itu semua akan terus merosakkan masyarakat.
Apa yang kita semua perlu mulakan adalah untuk memberikan perhatian lebih berat terhadap isu kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia yang semakin meningkat pada kadar yang teramat laju dan menakutkan.
Kadar peningkatan di dalam tempoh 4 tahun (2019 – 2023) di Malaysia yang telah direkodkan adalah:
Kadar Obesiti Malaysia
- Kadar Obesiti rakyat Malaysia 2023 – 54.5%
- Kadar Obesiti rakyat Malaysia 2019 – 50.1%
Lain-Lain Data & Fakta Menarik
- Kadar Obesiti rakyat AS – 42%
- 98 juta rakyatnya mempunyai prediabetis.
- Kebanyakannya pula langsung tidak mengetahui kerana tidak mengambil berat tentang kesihatan.
Obesiti bukan tanda kerukunan atau kerana isteri pandai menjaga suami.
“That is a disaster in the making”. Hakikatnya itu adalah tanda kurangnya kesedaran tentang faktor kesihatan ini. Lebih malang lagi jika ianya di atas dasar “ignorance” atau tidak ambil kisah langsung.
Ya memang ada situasi yang tidak dapat dielakkan seperti pengaruh “terlalu dominan” daripada faktor genetik.
Namun, janganlah mengambil mudah faktor ini dan dipukul rata bahawa segalanya dikaitkan dengan isu genetik. Marah nenek moyang kita jika mereka juga yang dipersalahkan di atas kelemahan dan kelalaian kita generasi pada hari ini.
