160 views 2 mins 0 comments

Kampung Digital Nomad: Perspektif baru untuk dunia. Hanya ada di Malaysia.

In EKOMINDA, Kempen Sentral
March 02, 2014
Digital Nomad itu biasa kita jumpa, tetapi apabila disebut "Kampung Digital Nomad", ini adalah something new!

Digital Nomad itu biasa kita jumpa, tetapi apabila disebut Kampung Digital Nomad, ini adalah something new!

Kita sudah biasa mendengar terma Digital Nomad di media tetapi tidak bagi Kampung Digital Nomad. Kalau Digital Nomad biasanya melibatkan ber-nomad ke negara lain. Contohnya seorang Digital Marketer dari Eropah menjadikan Bali di Indonesia sebagai tapak Digital Nomad mereka. Tarikan utama mereka adalah kos & leisure. Bagaimana pula Kampung Digital Nomad?

Serupa tetapi ber-nomad di dalam negara.

Masih lagi berdasarkan faktor yang sama iaitu kos & leisure tetapi mungkin sedikit berbeza dari segi unsur-unsur yang terlibat. Sebagai contoh, faktor kos tidak melibatkan pertukaran wang asing dan leisure pula mungkin dari segi nostalgia kehidupan zaman lalu atau kenangan zaman kanak-kanak atau remaja. Sebagai contoh lain katakan seorang Digital Marketer atau Graphic Designer dari Kuala Lumpur memilih untuk ber-nomad ke Kuala Kangsar.

Kos bulanan lebih rendah di Kuala Kangsar.

Berbanding di Kuala Lumpur, kos sewa pastinya lebih rendah. Kehidupan harian pula lebih santai bebas-trafik jem dan hampir dengan suasana kampung. Kalau nak sawah padi pun ada tanpa perlu pergi ke Kedah, di Kuala Kangsar pun ada.

Standard Internet Pantas di Kuala Kangsar.

Jangan terkejut jika dimaklumkan bahawa di Kuala Kangsar juga ada kemudahan internet selaju 500MB. Jika kelajuan internet adalah faktor dan dicampur dengan kemudahan Zoom atau Google Meet, apa lagi isunya?

Big Brands pun ada di Kuala Kangsar

Apa yang anda nak? ZUS ada! Bukan setakat kopi ZUS, ada pelbagai jenis kopi lagi pun ada. McD ada! Nak restoran Arab pun ada.

Kuala Kangsar hanya 10 km radius maksimum.

Nak ke mana-mana, sepicing saja dah sampai. Anda boleh dapat segalanya di Kuala Kangsar.

Ipoh dan Taiping hanya beberapa minit untuk sampai

Kalau rasa bosan dan nak mencari angin sedikit berbeza, Ipoh dan Taiping hanyalah 2 lokasi jalan-jalan daripada pelbagai lokasi pilihan lagi.

Nak ke Penang atau Lumut pun tidaklah berapa jauh.

Tiada isu, jom kita ber-Kampung Digital Nomad ke Kuala Kangsar dengan bergaya.

So, jom kita!

Avatar photo
/ Published posts: 8

Malaysia | Gateway for Community Commerce development targeting nano, micro & small businesses in the community

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments