
Ini adalah “real“! Bukan “hoax“! Bukan juga sekadar teori konspirasi seperti teori “flat earth” yang bingung. Bahkan jauh lebih bahaya daripada isu “flat earth”.
Isu “screen time” sudah pun menjadi isu fenomenal di seluruh dunia. Ia tentang kesedaran yang teramat penting sebelum segalanya terlambat. Ia juga melibatkan semua pihak di dalam komuniti. Semua orang terpalit. Sama ada institusi keluarga, pendidkan, pekerjaan malah lebih mudah dikatakan sebagai semua orang terlibat. Kenapa semua orang? Kerana pada hari ini hampir semua orang mempunyai telefon bimbit. Telefon bimbit adalah penyumbang utama isu “screen time“. Selain itu, apa lagi penyumbang terbesar lain kepada isu “screen time” ini?
Bukan sekadar telefon bimbit, tetapi faktor lain yang menyumbang kepada isu ini adalah media sosial dan “algorithm” yang digunakan untuk menjadikan pengguna melekat atau “hooked” kepada media sosial anda.
Di dalam erti kata lain, ia juga boleh dipanggil Ketagihan Media Sosial.