74 views 30 secs 0 comments

Ketenangan hidup di kampung boleh menjadi punca kerosakan dan kegagalan di masa depan

In EKOMINDA, Tuhan Itu Esa
December 21, 2012
Jika anda bijak, memang kehidupan di kampung adalah satu syurga sementara yang penuh dengan ketenangan. Tetapi faktor ini juga boleh menjadi faktor merosakkan

Okay, anda kini tenang menjalani kehidupan yang indah dan selesa di kampung. Semuanya baik-baik belaka. Tetapi berhati-hatilah kerana ianya boleh jadi tidak berapa baik untuk anda.

Wow! Saya peninglah! Dah dapat hidup yang tenang dan selesa di kampung pun masih ada risiko kerosakan dan kegagalan pulak? Apa ni?

Inilah yang dipanggil kerosakan dan kegagalan di masa depan akibat terlalu selesa dan berstatus “dormant” berada di dalam zon selesa yang juga dipanggil “comfort zone“. Jom kita senaraikan ringkasan isunya dahulu:

  • Berada terlalu lama di dalam “Comfort Zone” akan menyebabkan manusia lemah – fizikal dan mental.
  • Apabila tiada apa lagi yang ingin anda capai maka tiada lagilah sasaran (goal) untuk anda kejar, fikir dan usahakan. Maka akan berlaku redundancy yang membawa kepada pembaziran masa, semakin kurangnya kekuatan akal fikiran apabila tidak digunakan, ruginya pengalaman yang telah terkumpul sekian lama dan pelbagai lagi.
  • Allah s.w.t telah menyatakan beberapa perkara yang membawa maksud bahawa manusia yang terbaik adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada makhluk. Lebih banyak manfaat yang anda berikan kepada makhluk maka lebih baiklah anda di sisi tuhan, secara umumnya.