Walaupun ketika ini Kuala Kangsar masih belum wujud sebagai destinasi Digital Nomad rasmi di Malaysia tetapi jika diukur daripada beberapa sudut, kita punyai beberapa Super Advantages yang tidak dipergunakan.
Ketika ini kita boleh menyimpulkan bahawa Digital Nomad ini adalah missed opportunity bagi Kuala Kangsar. Setakat ini kita tidak nampak atau “tidak rasa” di Kuala Kangsar wujud vibe tersebut. Sama ada memang tidak wujud atau vibe terlalu lemah kerana kekurangan bateri.
Terengganu antara beberapa negeri yang tawarkan potensi Digital Nomad
Terdapat beberapa negeri di Malaysia yang berbangga dengan inisiatif Digital Nomad mereka ketika ini, tapi jika Kuala Kangsar mula menggunakan Super Advantages-nya, lokasi lain memang patut berasa gusar.
Walaupun lokasi mereka sehebat Bali di Indonesia.
Jom orang Kwale, kita mula jenguk-jenguk dan fikir-fikirkan tentang potensi Digital Nomad di Kuala Kangsar dan seterusnya memasukkan Kwale sebagai destinasi sasaran bagi Digital Nomad.
Ipoh: Hub Digital Nomad kelima di Malaysia
Ipoh vs. Kuala Kangsar: Yang mana lebih menarik?
Memang sukar nak dibandingkan jika kita tidak meletakkan asas perbandingan.
Team editorial berpendapat bahawa untuk memudahkan perbandingan, mungkin bagus jika kita menggunakan analogy perbandingan Jakarta vs Bali.
Bali menjadi pilihan utama masyarakat antarabangsa kerana faktor alam. Bukan faktor kemodenan dan tahap metropolitan.
Faktor ini boleh diguna pakai selagi kadar kelajuan capaian internet adalah pada tahap yang boleh diterima masyarakat antarabangsa.
Kuala Kangsar boleh mengatasi Ipoh sebagai hub Digital Nomad
Daripada perspektif dinyatakan di atas, kita boleh menganggap Kuala Kangsar seperti Bali. Maka, secara kasarnya, Kuala Kangsar mempunyai kelebihan berbanding Ipoh.
Tapi, kelebihan Kuala Kangsar tidak terhenti setakat itu sahaja.
Ada beberapa kelebihan lagi yang hanya ada di Kuala Kangsar yang boleh menjadi magnet bagi perkembangan potensi Digital Nomad.
Jika dipromosi dengan tepat, mungkin Kuala Kangsar dengan mudah boleh mengatasi Uruguay atau mana-mana negara lain di Amerika Selatan dari segi tarikan.
Rujukan awal untuk mula memperbincangkan topik Digital Nomad di Kuala Kangsar
Jika ada pihak yang berminat untuk melihat topik Digital Nomad ini secara lebih mendalam dan mungkin untuk trigger some ideas atau opinions berkaitan possibility untuk implementasi di Kuala Kangsar, anda boleh merujuk pautan di bawah.
Rujukan Berguna:
- Terengganu Lokasi Terbaharu Nomad Digital di Malaysia.
- What is DE Rantau?
- DE RANTAU UNVEILS TERENGGANU AS THE COASTAL PARADISE FOR DIGITAL NOMADS SEEKING TRANQUILITY AND CULTURAL RICHNESS.
- DE Rantau@Terengganu, Destinasi Terbaru Nomad Digital.
- Terengganu becomes MDEC’s latest digital nomad destination.
- Terengganu dipilih hub nomad digital terbaharu.
- Perak the latest to join digital nomad hub programme.
