Bagaimana nak dapatkan harga termurah daripada kontraktor aircond maintenance untuk penyelenggaraan aircond di rumah atau pejabat anda? Biasanya kita check dengan setiap kontraktor satu demi satu. Cara ini leceh. Ada cara lebih mudah.
Melalui GOGEGO, setiap ahli komuniti boleh mendapatkan kemudahan ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan mendaftar sebagai pengguna secara percuma di GOGEGO.
Apa yang cuba dicapai oleh GOGEGO dari sudut kepenggunaan dalam-komuniti?
Biasanya hanya syarikat besar sahaja yang ada kemudahan macam ini – bidding atau lawan harga.
Apabila GOGEGO menawarkan perkhidmatan atau kemudahan ini untuk komuniti, ia bermakna kini semua ahli komuniti mendapat akses kepada kelebihan ini.
Komuniti di sini bermaksud individu (orang persendirian) dan juga komuniti peniaga mikro & kecil termasuk penjaja.
Kini semua orang boleh mendapatkan harga terbaik di dalam komuniti.
Bagaimana cara menggunakan GOGEGO bagi mendapatkan harga termurah daripada kontraktor penyelenggaraan aircond di kawasan anda?
Setelah mendaftar sebagai pengguna GOGEGO, anda hanya perlu selesaikan proses pengesahan identiti.
Berbanding platform lain, GOGEGO adalah berasaskan komuniti-rapat di pekan atau daerah kecil. Ini bermaksud, hanya mereka yang dikenali secara rapat sahaja yang dibenarkan berkomunikasi dan berurusniaga di GOGEGO – GOGEGO tidak mengejar “ramai pengguna” tetapi lebih mengutamakan kepada “ahli komuniti” yang rapat untuk berurusniaga dengan risiko paling minima.
Setelah itu, tuan rumah atau kakitangan purchasing department atau pemilik bisnes boleh membuat Job Offer di GOGEGO dan membuka tawaran tersebut kepada vendor atau kontraktor yang layak untuk bidding atau lawan harga.
Semua kontraktor ini pula adalah kontraktor yang sememangnya dikenali atau sekurang-kurangnya mempunyai rujukan tentang siapa mereka di dalam komuniti terbabit. Bukannya sebarang orang yang menyamar.
Setelah tarikh tutup, bolehlah anda meneruskan ke langkah seterusnya.
Ini adalah langkah untuk memilih atau boleh juga untuk shortlisting. Terpulanglah kepada anda sama ada single-round selection atau multiple-rounds selection.
Maka, anda pilihlah kontraktor yang sesuai dengan kehendak anda, barangkali yang termurah dan meyakinkan daripada segi kemampuan atau track reecord kontraktor untuk menyelesaikan kerja.
Semua ini pasti menyenangkan anda sebagai penyumbang kepada kemakmuran aktiviti ekonomi di dalam komuniti anda.
GOGEGO memudahkan semua pihak
Selain daripada memudahkan dan membantu individu atau pemilik perniagaan kecil mendapatkan harga terbaik, GOGEGO juga membantu kontraktor kecil di dalam komuniti anda untuk berniaga, mendapatkan job dan juga mempromosi perkhidmatan mereka.
Natijah yang diharapakan oleh GOGEGO adalah ekonomi tempatan boleh dimakmurkan dengan rancaknya transaksi atau urusniaga di dalam komuniti itu sendiri – urusniaga dalam-komuniti.
Jika ahli komuniti menyokong inisiatif ini, lebih mudah ekonomi tempatan anda berkembang
GOGEGO menawarkan bantuan kepada ahli komuniti untuk bermula dengan cara paling mudah dan menjimatkan.
Daftar PERCUMA dan GOGEGO sedia untuk membantu anda memulakan tawaran kerja untuk mendapatkan harga terbaik.
