3D Printing adalah satu usaha berkaitan teknologi terkini yang mempunyai potensi luas untuk diperkembangkan menjadi perusahaan berasas GIG. Kenapa 3D Printing ini harus dikaitkan dengan industri GIG? Kenapa kemampuan ini berpotensi untuk diperkembangkan?
Semua orang tahu bahawa ketika ini perindustrian dan teknologi yang terdapat di China adalah formidable. Malahan AS yang begitu gah sebelum ini apabila berbicara tentang teknologi yang mereka kuasai pun turut “goyang” apabila diletakkan perbandingan kemampuan mereka dan China. So, di mana nak diletakkan kemampuan Malaysia di situ?
Secara jujurnya, kita tiada atau tidak wujud di dalam perbandingan tersebut. Kita hanyalah pengguna teknologi orang lain. Tetapi terdapat beberapa sudut yang kita mempunyai kelebihan.
Apabila dikaitkan dengan 3D Printing, kita mempunyai beberapa kelebihan yang membolehkan kita mempunyai peluang untuk “hidup” di dalam bidang ini. Apa yang patut difokuskan?
Bidang Custom & Hand-Made – ini adalah satu potensi yang real.
Produk yang melibatkan Custom-Made dan Hand-Made memberikan kelebihan kepada transaksi di antara 2 pihak yang hampir dari sudut lokasi dan kemudahan berkomunikasi untuk menghasilkan sesuatu yang tepat seperti yang diingini oleh pelanggan.
Maka di sinilah kelebihan yang patut dipergunakan oleh pengusaha 3D Printing.
