Dulu bila disebut Damansara Damai, antara visual yang akan terpantul di minda adalah Mini-Afrika, trafik jem dan komuniti ghetto Malaysia. Kini Damansara Damai sudah berbeza.
Kini gelaran Mini-Afrika sudah boleh dipangkah. Trafik sesak pun sudah boleh dipangkah malah patut dipuji usaha menukarkan laluan utama ke satu hala sahaja. Memang jenuh tawaf tetapi berbaloi. Yang paling penting, ketika trafik pagi hendak keluar bekerja, trafik lebih nyaman berbanding dulu.
