Damansara Damai walaupun terletak hanya 15 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur tetapi jangan terkejut jika anda melihat anak-anak mudanya perkasa bersilat. Baik lelaki mahupun perempuan, bermula daripada peringkat umur sekolah rendah, mereka boleh menyertai kumpulan Silat Lincah di Saujana Damansara, Damansara Damai.
Di bumi Damansara Damai ini, saudara Fazly Tahir bersama rakan-rakan beliau gigih mendidik anak bangsa negara menghargai dan memperkasakan warisan Silat Lincah.
Kelas latihan silat ini diadakan secara mingguan pada sebelah malam. Jika anda kebetulan berada di Saujana Damansara selepas tamatnya sesi silat mereka, anda akan melihat satu pemandangan seolah-olah berada di zaman fusion antara moden dan purbalara kerana ramainya pelajar keluar dari dewan silat dengan berpakaian laksana pendekar dahulukala.
