Program komuniti MGN daripada Madani properties akan mula melebarkan sayap ke Sungai Siput di dalam bulan April 2025 untuk mula membantu komuniti menggiatkan aktiviti ekonomi setempat dan juga untuk pelbagai aktiviti dan program positif pembinaan komuniti.
Menurut saudara Nizam Jaafar iaitu penyelaras bagi kawasan Sungai Siput, beberapa individu telah dilantik untuk memulakan gerakan awal terutama untuk mengenal pasti sektor dan kumpulan sasaran terpilih.
Bagi mana-mana individu atau organisasi lain yang berminat untuk menyertai atau menjalankan kerjasama bersama MGN adalah dialu-alukan untuk menghubungi beliau.
Gambar Ikonik Sungai Siput

Bukit Berekeh, Sungai Siput, Perak
Image Credit: Bukit Berekeh: RSG Adventure Team.
