Kesukaran perniagaan kecil tempatan untuk mengoptimakan ruang digital untuk berinteraksi atau target market engagement kini mungkin boleh diatasi dengan kehadiran platform MLIFE atau MIMMO LIFE.
Platform MLIFE ini adalah salah satu komponen di dalam MGN (Madani Growth Network) iaitu satu inisiatif untuk pembangunan komuniti daripada Madani Properties Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Kangsar.
Cara meningkatkan kemakmuran ekonomi setempat
Ekonomi setempat atau ekonomi dalam-komuniti juga perlukan engagement seperti pasaran biasa. Bagaimanapun menurut kaji selidik MIMMO, perniagaan kecil (mikro) tidak mempunyai akses kepada kepelbagaian kaedah dan tools untuk melaksanakan engagement dengan berkesan. Sekadar bergantung kepada media sosial sahaja tidak memadai menurut kebanyakan usahawan yang di temu bual.
MIMMO & MGN berharap agar kewujudan platform MLIFE ini akan dipergunakan sebaik mungkin oleh peniaga kecil sebagai satu lagi ikhtiar untuk meningkatkan kadar aktiviti ekonomi setempat melalui peningkatan transaksi dalam-komuniti.
Rujukan:

MLIFE Screenshot 1

MLIFE Screenshot 2

MLIFE Screenshot 3
