RINGKASAN • Kesesuaian lokasi Pusat Penjaja Damansara Damai harus dipersoalkan • Kelihatan potensi perniagaan semakin malap • Pelanggan semakin berkurangan apatah lagi dengan keadaan ekonomi atau harga barang yang tidak menentu dan menakutkan
Kebanyakan peniaga di Pusat Penjaja Damansara Damai adalah peniaga kecil yang sebelum ini berniaga di tepi jalan seluruh Damansara Damai. Mereka ini kemudiannya diarah pindah berniaga ke sekitar Shell & McDonald’s sebelum akhirnya dipindahkan ke Pusat Penjaja sekarang.
Malangnya, sehingga ke hari ini, trafik pelanggan ke Pusat Penjaja ini lebih mudah dianggap sebagai lesu.
Ramai peniaga sudah mula mencari alternatif baru untuk berniaga atau mencari pekerjaan kerana berniaga kecil-kecilan di Pusat Penjaja Damansara Damai sudah tidak lagi masuk akal.
