Puan Julia di Kuala Kangsar terkenal dengan telur masin dan telur itik keluaran penternak Muslim. Walaupun beliau melalui DAPUR JULIA hanyalah pengedar bebas bagi penternak tersebut, namun beliau puas kerana dapat menyumbang membantu masyarakat mendapatkan produk yang lebih meyakinkan berbanding di pasaran terbuka.
Bagi beliau, usaha ini adalah sebagai jariah beliau untuk umat Islam di Kuala Kangsar di mana harapannya adalah masyarakat akan lebih menitik berat tentang kesucian makanan mereka.
Selain daripada 2 produk utama tersebut, beliau turut membantu pengeluar produk dari rumah untuk memasarkan produk mereka secara online meliputi produk RTE (Ready-to Eat), RTC (Ready-to-Cook) dan sebagainya.
Sekiranya anda berminat untuk memasarkan produk anda ke Kuala Kangsar melalui puan Julia, anda boleh menghubungi beliau melalui JERLINK di bawah.
