Kebangkitan Jepun dan kini China didorong oleh satu faktor yang serupa dengan apa yang kita ada

In Kemasyarakatan Bangsa
March 29, 2025
Persoalan penting untuk dijawab, pernahkah kebangkitan hebat tamadun dunia didokong oleh BUKAN faktor Bangsa Negara?

Jepun bangkit dengan berani selepas tumbang perang dunia kedua di sebelah Pasifik.

China pula bangkit menjulang ke langit selepas kejatuhan Dinasti Qing, pergolakan komunis dan Kuomintang yang kemudiannya diikuti oleh era Mao Zedong dan bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan ekonomi yang hebat.

Kedua-duanya bangun kembali di atas dasar Bangsa Negara. Bangsa Jepun dan bangsa Cina terutamanya berkaitan semangat bangsa Han.

Isu Han penting untuk dipetik bersama kerana kaitannya dengan Manchu yang merupakan suku kaum utama di dalam pemerintahan Qing.

Perhatikan, bahawa mereka bangkit hanya semata-mata atas dasar Bangsa Negara.

Bagaimana dengan Malaysia?

Adakah kita akan bangkit di atas dasar Bangsa Negara juga?

Jika ya, apakah Bangsa Negara kita? Persoalan ini penting untuk dijawab.

Bahkan Korea Selatan juga adalah satu lagi contoh bagaimana Bangsa Negara Korea menjadi alasan untuk mereka bangkit selepas Perang Korea dan perpecahan utara dan selatan.

Bagaimana pula jika Bangsa Negara tidak wujud? Seperti Amerika Syarikat yang tidak mempunyai Bangsa Negara.

Persoalan penting untuk dijawab, pernahkah kebangkitan hebat tamadun dunia didokong oleh BUKAN faktor Bangsa Negara?

Waima perkembangan dan kebangkitan Islam juga didokong oleh Bangsa Negara Arab.

Adakah Malaysia akan menjadi negara pertama dalam sejarah tamadun manusia untuk bangkit tanpa Bangsa Negara?

Atau, ingin menggunakan logik Amerika Syarikat?

Amerika Syarikat hakikatnya dibangunkan oleh Bangsa Negara White People. Kepelbagaian bangsa yang dilihat hari ini di sana adalah kemasukan kemudian. Bukan era kebangkitan teras mereka dari peringkat awal.

Bangsa Negro mereka hanya menjadi faktor sekunder atau tertiari sahaja setelah baru bebas daripada zaman perhambaan sebagai pekerja ladang terutama ladang kapas.

Fikir fikirkan bagaimana Malaysia harus bangkit, atau anda rasa Malaysia tidak akan mampu bangkit.

Jika faktor Bangsa Negara menjadi ukuran, mungkin Indonesia lebih wajar untuk bangkit mengatasi Malaysia.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments