Bukan sahaja di bandar, di kampung pun kelihatan semangat gotong royong ini telah mulai luntur. Apatah lagi melibatkan golongan generasi baru yang rata-ratanya memilih untuk “melekap” di media sosial. Jika berterusan, di dalam satu dekad ke hadapan sahaja mungkin kita akan melihat budaya bermasyarakat ini akan hilang.
Adakah tiada sebarang rasa resah yang timbul di benak kita apabila memikirkan senario ini?
Mungkin kita patut memulakan Kempen GOTONG-ROYONG 2.0 bersama-sama untuk memastikan semangat gotong-royong ini tidak terkubur.
Setidak-tidaknya semangat gotong-royong ini tidak pupus di zaman kita, generasi lama ini, masih lagi hidup menghirup nafas di dunia ini. Mungkin generasi lama yang masih hidup patut bangun dan berjuang memastikan semangat tersebut bangun semula dan segar kembali “mengikat jiwa” ahli masyarakat.
Kenapa gotong-royong itu kritikal bagi bangsa negara?
Jikalau bangsa negara itu sehelai kain atau hand-made carpet, bangsa negara yang kuat adalah yang ikatan atau knot tenunan kainnya kuat, padat dan rapat.
Sepertimana hand-made carpet Parsi, yang bernilai tinggi adalah karpet yang kemas dan padat tenunannya. Apatah lagi jika bahan yang digunakan adalah sutera, untuk membentuk hand-made silk carpet. Nilainya boleh mencecah beratus ribu. Malah mempunyai nilai jual semula yang selalunya semakin tinggi.
Kekuatan ini jika diterjemahkan di dalam isu kemasyarakatan, lebih tepat dipanggil sebagai social fabric.
Maka begitu jualah asasnya bagi membina dan memastikan kekuatan sesuatu bangsa negara.
Ia memerlukan social fabric yang baik, kukuh, padat dan mampat.
Gotong royong mempunyai fungsinya
Berbalik kepada isu social fabric, salah satu unsur yang boleh membantu untuk memelihara atau merawat social fabric sesuatu bangsa negara adalah melalui gotong royong.
Ibarat seperti rutin untuk maintenance. Setiap sesuatu di muka bumi perlu bersifat dinamik dan tertakluk kepada hukum tear & wear.
Maka, perjalanan sesuatu bangsa negara juga tertakluk kepada faktor tear & wear dan memerlukan aktiviti penyelenggaraan atau maintenance secara berkala dan berterusan.
Salah satu amalan penyelenggaraan bagi bangsa negara adalah melalui gotong royong.
Kerana itu, rumusannya, amalan gotong royong adalah kritikal untuk dihidupkan semula.
Atau anda sememangnya jenis manusia yang berani (atau agak kurang bijak) untuk menaiki kapal terbang yang tidak diselenggara dengan betul?
