
Tutor sambilan adalah satu lagi potensi yang patut dikembangkan di kawasan luar bandar sebagai saluran pendapatan tambahan bagi sesiapa juga yang berminat mengajar. KITA•SEMASA memanggilnya sebagai KAMPUNGTUTOR.
Apa yang menariknya, ramai tersilap sangka bahawa anda perlu ijazah atau diploma untuk menjadi tutor sambilan.
Sebenarnya ramai yang berbakat mengajar tidak kira sama ada mempunyai ijazah atau tidak. Cuma pastikan bidang atau skop yang hendak diajar adalah knowledge forte atau sememangnya kemahiran anda.
Konsep KAMPUNGTUTOR untuk semua
Sebagai contoh, untuk menjadi KAMPUNGTUTOR bagi subject matematik sekolah rendah, jika kita selalu mengajar anak-anak di rumah dan terbukti berkesan, mungkin kita boleh kongsikan bersama jiran sekampung.
Tetapi, janganlah kita letak harga melambung seperti tutor profesional di luar sana. Biarlah caj tersebut berpada-pada dan berpatutan. Paling tidak sebagai token bagi komitmen yang anda berikan.
Lebih baik lagi, sambil tutor, diselitkan dengan unsur-unsur motivasi dan self-development untuk memperkaya minda anak-anak kampung.
Semua ini akan banyak membantu membina generasi baru yang lebih bijak di dalam melalui kehidupan akan datang yang pastinya jauh lebih mencabar daripada sekarang.
Graduan & KAMPUNGTUTOR
Bagi graduan pula terutama yang tidak bekerja malah yang bekerja pun boleh juga menjadi tutor sambilan sebagai pendapatan sampingan mengisi masa lapang.
Selain daripada dapat berkhidmat menyumbang bakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan potensi anak-anak kampung sendiri untuk masa depan.
Antara skop yang disarankan untuk disasarkan oleh graduan adalah matematik & sains.
Sebagai contoh, bagi subjek Matematik Tambahan, kelemahan ketara pelajar-pelajar di luar bandar adalah pemahaman fundamental di dalam Matematik Tambahan. Graduan mungkin boleh membantu secara lebih efektif untuk meningkatkan kefahaman.
Apabila pelajar di luar bandar ini mampu kita tingkatkan kefahaman dan prestasi mereka di dalam Sains dan Matematik, secara tak langsung ini akan meningkatkan kemajuan kampung untuk jangka masa panjang.
Selain itu, usaha ini juga akan membantu dan menyumbang kepada langkah memperkasa STEM di peringkat kampung sebagai lanjutan kepada inisiatif di peringkat sekolah.
Platform berguna untuk melaksanakan KAMPUNGTUTOR
MIMMO melalui MGN – Madani Growth Network mempunyai beberapa platform online yang berguna dan boleh membantu untuk melaksanakan misi ini bersama pihak-pihak yang berminat.
Antara platform tersebut yang amat sesuai untuk KAMPUNGTUTOR:
- EDUSENTRAL ONE – online learning & tutor
- MAESTRO EDUSENTRAL – online learning & tutor
- PELITA ASIA – online learning & tutor
- GEGO WORK – untuk menjual langganan perkhidmatan tutor berdasarkan jam dan mempromosi perkhidmatan tutor
- GOGEGO WORK – untuk menjual pakej perkhidmatan tutor dan mempromosi perkhidmatan tutor
- BOOZTR – untuk mempromosi perkhidmatan tutor
- MIMMO ONE – untuk mempromosi perkhidmatan tutor
Image Credit: IPB