38 views 16 secs 0 comments

Sultan Melayu itu zahirnya seperti sekadar lambang yang tidak berfungsi apa-apa tetapi hakikatnya adalah ibu kepada keamanan, keharmonian dan kemakmuran Malaysia

In Berdaulat
March 24, 2025

Akhir-akhir ini sering kelihatan posting-posting yang memandang sinis kewujudan raja-raja Melayu di dalam hierarki pemerintahan di Malaysia. Malah di zaman ini juga telah wujud golongan yang secara senyap-senyap membenci kewujudan raja-raja Melayu. Siapa mereka ini?

Golongan ini adalah golongan yang mempunyai dan berpegang kepada fahaman yang membenci raja-raja. Mereka ini kebanyakannya bukanlah golongan tidak berpendidikan tinggi bahkan ironiknya rata-rata mereka adalah generasi berpendidikan tinggi.

Apa yang mereka kurang sebenarnya adalah hati yang luhur untuk memahami sejarah dan melihat ke dasar iaitu pasak keamanan di Malaysia.

Mungkin didorong oleh rasa irihati akibat telah “dibakar” dan di-psycho minda serta model pemikiran mereka, maka terciptalah generasi baru ini.

Mereka ini adalah generasi sombong tidak menyedarkan diri dan yang merasakan mereka bijak di dalam segala hal manakala rakyat yang senang dan bersyukur dengan anugerah Allah s.w.t ini pula dianggap sebagai dungu kerana masih menyanjungi cucu cicit raja-raja purbalara ini yang dikatakan sebagai sudah tidak relevan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments