
Alangkah seronoknya jika mempunyai rumah sendiri.
Sekali dengan halaman yang luas serta ruang kosong di kiri kanan rumah pula boleh dijadikan mini kebun. Cantiknya lah hai.
Ini adalah catatan ringkas pengalaman saya baru-baru ni ketika berkunjung ke rumah saudara mara di kampung atau lebih tepatnya di Kuala Kangsar.
Pendeknya, inilah kehidupan yang tenang dan damai yang sangat saya impikan.
Di sekeliling rumah yang ditanam dengan pokok bunga tradisi Malaysia seperti bunga Mawar, Orkid dan Melur.
Di ruangan lain iaitu di tanah kosong di bahagian belakang rumah pula ditanam dengan pelbagai jenis tanaman herba seperti serai, limau purut, daun kesum dan pelbagai macam tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan memasak.
Kalau tak ada serai, tak perlu lagi berlari ke kedai membeli. Sebaliknya hanya pergi ke belakang rumah.
Selain daripada menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan dengan aktiviti berkebun, dapat pula menikmati sayuran yang berkhasiat, segar dan pastinya bebas daripada racun yang membahayakan kesihatan. Terbaik untuk kesihatan seluruh ahli keluarga kita.
Berkebun mini di sekeliling rumah ini sebenarnya mudah.
Paling mudah adalah dengan menanam pokok atau sayuran yang mudah dijaga dan mudah hidup, tanpa memerlukan penjagaan yang rapi seperti ubi kayu, ubi keledek, cili dan lain-lain.
Cukup sampai di sini, catatan ringkas ini dan sememangnya tidak salah malah tepat apabila saya menyimpan impian untuk mempunyai rumah moden yang ada tanah sekelilingnya.
Semoga impian ini menjadi kenyataan.