REVIEW INDUSTRI LABU SAYONG 2025: Ke mana hala tuju? Atau terus kekalkan di takuk lama?

In Review Tahunan
March 27, 2025
Labu Sayong seolah-olah hanya merestui ejaannya sebagai LABU SAYONG atau Labu Sayong. Jika anda mengejanya sebagai labu sayong ia tidak tepat kerana Sayong adalah kata nama tempat, maka perlu berhuruf besar.

LABU SAYONG adalah satu produk unik berkait budaya Melayu Perak. Terdapat beberapa persoalan perlu dijawab dan dinilai sebaik mungkin sebelum berfikir tentang hala tuju industri kecil ini yang terletak di tebing kiri dan kanan Sungai Perak terutama tebing kanan atau Sayong.

Labu Sayong bukan seperti motorsikal atau telefon bimbit yang perlu upgrade sentiasa ke hadapan untuk terus berada di pasaran.

Labu Sayong mungkin boleh diumpamakan seperti “muzium kenangan” Melayu Perak. Namun tidak juga tepat sepenuhnya. Pendeknya Labu Sayong adalah unik.

Labu Sayong juga tidak seperti periuk tanah masyarakat India yang wujud sekadar sebagai satu alat untuk memasak.

Satu lagi keunikan Labu Sayong berbanding periuk tanah masyarakat India adalah dari segi pengejaan namanya.

Labu Sayong seolah-olah hanya merestui ejaannya sebagai LABU SAYONG atau Labu Sayong. Jika anda mengejanya sebagai labu sayong ia tidak tepat kerana Sayong adalah kata nama tempat, maka perlu berhuruf besar.

Jika dieja labu Sayong pula, sudah tidak kena pada huruf L bagi ejaan labu tersebut apabila hendak dipadankan dengan Sayong. Melainkan jika anda hendak mengeja perkataan labu semata-mata maka bolehlah menggunakan huruf kecil.

Berbanding periuk tanah masyarakat India, tidak jadi hal dan tidak canggung jika dieja sebagai periuk tanah.

Sesungguhnya, Labu Sayong itu amat unik.

 

Image Credit: Warisan Labu Sayong.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments