262 views 59 secs 0 comments

Kadang-kadang, mungkin status bangkrap adalah pilihan terbaik untuk membina hidup baru

In ADAPTASI
August 13, 2014

Berhutang adalah lumrah di dalam kehidupan namun perlu dipandang sebagai sesuatu yang berat dan penuh tanggungjawab. Ia bukan satu perkara yang boleh dibuat main atau dipandang enteng terutamanya bagi umat Islam kerana hutang akan berkait dengan kehidupan selepas mati. Oleh itu ianya adalah satu perkara besar.

Hasil daripada pengalaman bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan generasi, kita di Malaysia mempunyai ramai rakyat yang berhutang dan mempunyai jumlah hutang yang besar. Bahkan ada yang melibatkan jumlah berjuta-juta ringgit dan ada pula yang telah mengalami situasi seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Tetapi norma orang Malaysia – biar papa asal bergaya, masih juga dikemam erat di mulut kelompok ini. Maka menderitalah mereka tanpa jalan keluar. Dek kerana ego dan tidak mahu menerima keadaan dan hakikat.

Alasan mereka, masih ada jalan yang sedang dicuba. Malangnya, setelah bertahun-tahun menderita sambil bergaya, golongan ini masih lagi terus terperosok di dalam telaga buta hutang. Dunia ini gelap bagi mereka. Sukar sekali untuk keluar. Tetapi masih tidak mahu mengalah.

Maka menderitalah mereka tahun demi tahun. Lebih malangnya, penderitaan tersebut ditanggung bersama anak bini di rumah. Segalanya “terkorban” bersama di dalam telaga buta hutang.

Bukan tidak ada jalan keluar, tetapi memilih penderitaan dan meminta pengorbanan daripada semua orang di sekelilingnya. Mungkin bagi mereka adalah sebagai tanda solidariti dan kebersamaan. Mungkin juga ini adalah tanda sikap mementingkan diri sendiri. Mungkin, dan ada logikanya di situ. Sedangkan ada pilihan sebagai jalan keluar yang diperuntukkan oleh undang-undang negara.

Avatar photo
/ Published posts: 8

Malaysia | Gateway for Community Commerce development targeting nano, micro & small businesses in the community

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments