
Hari ini, di zaman ini, masyarakat secara umumnya memandang introvert itu sebagai negatif. Di dalam erti kata lain, sukar untuk berjaya, sekadar menjadi mediocre atau orang biasa-biasa.
Namun, kenyataannya adalah berbeza. Jika anda merasakan diri anda adalah seorang introvert, bacaan ini adalah khusus untuk anda.
8 perspektif baru & berbeza tentang introvert
- Untuk berjaya tidak perlu menjadi extrovert. Ramai individu introvert yang berjaya dan menjadi tunggak sama ada di dalam sektor awam, swasta dan juga perniagaan.
- Individu introvert mempunyai peluang & potensi lebih baik untuk berjaya berbanding individu extrovert.
- Untuk berjaya di zaman ini, introvert tidak perlu berubah menjadi extrovert. Teruskan menjadi seorang introvert. No harm.
- Zaman internet dan media sosial melata ini sebenarnya membuka peluang lebih besar kepada individu introvert.
- Era internet dan AI ini adalah zaman untuk mereka yang introvert. Hanya perlu tahu menggunakan kelebihan anda sebagai introvert.
- Punca introvert dipandang negatif adalah kerana media yang masih terjajah oleh pemikiran kolonialisme.
- Introvert masih belum difahami sepenuhnya dan perlukan lebih banyak bahan pembacaan untuk menerbitkan kesedaran lebih meluas.
- Sebagai introvert, terdapat 3 kaedah asas untuk anda mastery untuk berjaya sebagai seorang individu introvert.
Rujukan untuk transformasi introvert menjadi star
Topik introvert ini ada diperkatakan dengan panjang lebar di dalam satu post di MIMMO ONE yang bertajuk “Anda rasa anda introvert? 3 skil ini mungkin boleh membantu anda berjaya secara bergaya” dan anda boleh merujuk ke post tersebut untuk melanjutkan pemahaman anda tentang topik dan perspektif baru berkenaan introvert.