11 views 4 mins 0 comments

Healing 24-Jam, Lebih Sihat, Lebih Berkhasiat & Lebih Ceria, Hanya Daripada Sekeliling Rumah

In Riadah
May 07, 2025

Nak healing, tak perlu bercuti di atas kapal layar atau melancong ke Santorini. Ada cara lebih praktikal dan masuk akal, terutamanya untuk mereka yang tinggal di luar bandar. Selain healing sepanjang masa, ia juga datang dengan pakej kesihatan lebih baik dan tahap keceriaan lebih baik dengan sokongan rembesan pelbagai jenis hormon dan enzim yang akan muncul secara natural tanpa ubat-ubatan.

Ini adalah hasil atau faedah ekstra daripada kelebihan memiliki rumah sendiri di luar bandar. Jika sekadar rumah teres, mungkin sedikit sebanyak anda masih boleh menikmati faedah tersebut tetapi untuk pengalaman maksima, rumah banglo atau rumah kampung adalah yang terbaik.

Rumah sendiri seperti banglo atau rumah kampung, selain daripada keseronokan dan kepuasan yang sukar dikatakan dengan kata-kata, adalah kerana adanya ruang lebih luas di sekeliling rumah.

 

Mini-Kebun – Lebih praktikal berbanding kebun

Ini adalah lebih praktikal berbanding kebun yang selalunya berada jauh dari rumah kerana berhampiran dan mudah dicapai untuk melaksanakan aktiviti riadah dan healing anda.

Lebih mudah kita panggil konsep ini sebagai rumah banglo atau rumah kampung dengan mini-kebun.

Mini-kebun bermaksud sebarang ruang kosong di sekeliling rumah anda boleh sahaja digunakan untuk dijadikan mini-kebun anda. Kecuali tanah jiran anda.

 

Kehidupan jutawan-like di kampung

Jika tinggal di bandar, memang sukar sekali untuk mempunyai kelebihan sebegini. Melainkan, anda adalah jutawan.

Tetapi, di luar bandar seperti di Kuala Kangsar, walaupun anda bukan jutawan dan bukan pemilik syarikat tudung Khadijah dan bukan juga founder produk seperti Rozita Sendayu Tinggi, anda berpeluang besar untuk hidup seperti jutawan di rumah sendiri.

Baru-baru ini saya berkunjung ke rumah saudara-mara di kawasan kampung iaitu di Kuala Kangsar.

First impression saya adalah betapa sebenarnya kehidupan yang tenang, damai yang amat saya impikan rupanya sudah berada di hadapan mata.

 

Syurga dunia saya

Kali pertama sampai dan berjalan-jalan santai ke sekeliling rumah mereka, ketenangan jiwa muncul tanpa diundang setelah digamit oleh bauan harum dan warna naturale yang melegakan daripada pelbagai spesis bunga tempatan seperti bunga mawar, bunga orkid dan bunga melur yang ditanam di sekeliling rumah.

Kemudian disambut dan disapa pula dengan bau penuh kesegaran daripada tumbuhan herba seperti serai, limau purut, kesum dan pelbagai jenis pokok native Asia Tenggara yang lain.

Selain daripada untuk healing dan memenuhi keperluan memasak harian, mini-kebun ini juga pasti akan menyumbang dari sudut aktiviti riadah yang menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti fizikal berkebun.

 

Sayur bebas-racun

Jika anda berminat menanam sayuran pula, anda dan keluarga berpeluang pula untuk menikmati sayur yang segar, bebas-racun atau pesticide yang membahayakan kesihatan kita sekeluarga.

Jikalau anda terlalu sibuk dengan jadual kerja dan sebagainya, anda boleh memenuhi mini-kebun anda dengan tanaman yang mudah dan tidak memerlukan penjagaan rapi seperti ubi kayu, keledek, cili tergantung dan sebagainya.

Namun sayangnya, ini adalah milik saudara saya. Bukan milik saya.

 

Usaha luar biasa, doa & tawakal

Bagaimanapun, bermula hari ini, saya mempunyai drive, dorongan atau motivasi yang lebih kuat untuk memiliki rumah sendiri atau banglo di luar bandar besar dan seterusnya menikmati syurga dunia ini.

Saya juga mendoakan agar anda semua juga akan diberikan rezeki oleh Allah swt untuk mendapat peluang dan merasai nikmat dan kepuasan memiliki rumah sendiri di luar bandar dan mempunyai mini-kebun anda sendiri nanti.

 

Avatar photo
/ Published posts: 5

Azie adalah konsultan berdaftar Madani Properties dengan kepakaran di dalam pembinaan hartanah berkaitan Banglo & Cluster Homes serta membantu kakitangan kerajaan, GLC dan swasta di dalam menguruskan proses mendapatkan pinjaman perumahan.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments