Jikalau ada satu faktor perlu dipilih, yang teramat penting bagi survival kontraktor kecil di luar bandar, tiada yang lain melainkan kecekapan & kepantasan berurusniaga.
Sebelum itu mari kita tengok info berkaitan secara umum yang berkait dengan kenyataan di atas.
Rungutan & isu utama apabila berurusan atau berkaitan dengan kontraktor kecil di luar bandar:
- Lambat mengeluarkan Sebutharga -“Menunggu Sebutharga tak kunjung tiba. So saya bagi job kepada orang lain”.
- Lambat keluar Invoice untuk claim payment – “Saya tunggu juga bila tuan kontraktor nak bagi Invoice supaya saya boleh buat bayaran”.
- Dokumentasi & rekod berterabur tak tersusun – “Saya kena cari dulu di mana Sebutharga yang saya bagi mula-mula hari tu”.
- Kena upah orang nak buat Sebutharga atau Invoice – “Saya tak berapa pandai menggunakan komputer”.
- Tiada mobility beroperasi – “Saya balik nanti baru saya buatkan Sebutharga atau Invoice”.
Perkara yang disentuh di atas menyebabkan perkara mudah & penting tergendala dan lambat segalanya.
Bayangkan impak kesan kalau kontraktor kecil di luar bandar boleh mengatasi isu ini.
Sebenarnya mudah sahaja untuk mengatasi cabaran atau isu di atas.
Anda hanya perlukan sistem perakaunan online dan ringkas. Terdapat banyak pilihan bagi sistem perakaunan atau billing/invoicing di pasaran.
Sekiranya anda ingin melihat perbandingan sistem perakaunan yang sesuai bagi kontraktor kecil, anda boleh merujuk carta perbandingan 2 sistem perakaunan (billing & invoicing) di MLIFE.
