Bagaimana Mengelakkan Masalah Berbangkit Apabila Membina Rumah Di Atas Tanah Geran Kongsi

In Kewangan Komuniti
May 23, 2025

Kalau anda nak membina rumah baru di atas atas tanah geran kongsi dengan seorang saudara terdekat anda, penyelesaian terbaik untuk memastikan tiada masalah berbangkit di kemudian hari adalah bergantung kepada situasi perhubungan dan persetujuan di antara anda berdua.

Di bawah ini adalah antara langkah-langkah mudah yang patut anda pertimbangkan:

  1. Dapatkan Persetujuan Bertulis
    1. Pastikan perkara ini selesai sebelum memulakan sebarang kerja-kerja membina rumah.
    2. Untuk lebih kukuh, buat surat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  2. Pilih Kaedah Penyelesaian Hak Milik – untuk memudahkan urusan pinjaman bank
    1. Pecah Sempadan (pecah geran)
    2. Pindah Milik (nama anda sahaja) – Pastikan tiada sekatan dan dapatkan persetujuan pindah milik daripada pemilik seorang lagi
  3. Dapatkan Kebenaran Membina
    1. Setelah isu hak milik selesai atau ada persetujuan bertulis.
    2. Bawa pelan rumah ke Majlis Daerah/Majlis Perbandaran.
    3. Mohon kelulusan pelan bangunan dan permit bina rumah.
    4. Sediakan dokumen sokongan seperti salinan geran, surat persetujuan, pelan arkitek/jurutera.
  4. Gunakan Khidmat Peguam (jika perlu).

Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan berkaitan tanah dan undang-undang, peguam hartanah pastinya boleh membantu anda dari pelbagai sudut termasuk penyediaan dokumen rasmi, urusan pindah milik, dan khidmat nasihat berkaitan hakmilik tanah anda.

Avatar photo
/ Published posts: 5

Azie adalah konsultan berdaftar Madani Properties dengan kepakaran di dalam pembinaan hartanah berkaitan Banglo & Cluster Homes serta membantu kakitangan kerajaan, GLC dan swasta di dalam menguruskan proses mendapatkan pinjaman perumahan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments