
Lazimnya tak banyak pilihan untuk bekerja kilang di luar bandar. Malah ada isteri yang memilih untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah jika tinggal di kampung kerana lebih meyakinkan. Apa pilihan alternatif untuk membantu suami menambah pendapatan isirumah?
Apabila menjada anak di rumah, mungkin ada selang-selang masa tertentu anda mempunyai kelapangan yang selalunya diisi dengan melayan media sosial. Tapi satu saranan, daripada anda menghabiskan masa tanpa menjana pendapatan, bagaimana jika ada perkara yang boleh dilakukan dan mendatangkan duit?