Apakah Perbezaan Geran Individu dan Geran Kongsi Yang Wajib Anda Tahu

In Kewangan Komuniti
May 23, 2025

Oleh kerana persoalan ini adalah solan lazim di dalam masyarakat kita, di ruangan ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan apa perbezaan antara geran individu dan geran kongsi terutamanya melibatkan aspek hakmilik tanah.

1. Geran Individu

  • Merupakan geran tanah yang dimiliki oleh seorang pemilik dan namanya sahaja yang  tertera di dalam geran.
  • Pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas tanah itu dan beliau boleh menjual, memajak, atau mewariskan tanpa perlu mendapat persetujuan orang lain.
  • Mudah untuk urusan jual beli dan pinjaman bank.

2. Geran Kongsi

  • Adalah geran yang dimiliki secara bersama oleh dua orang atau lebih.
  • Nama semua pemilik akan disenaraikan dalam geran.
  • Kebiasanya dengan peratusan bahagian masing-masing.
  • Setiap pemilik hanya berhak ke atas bahagian tertentu dari keseluruhan tanah, contohnya 1/2, 1/3, dan sebagainya.
  • Sebarang urusan jual, pajak, pecah bahagian perlu persetujuan daripda semua pemilik bersama.
  • Kadang-kadang boleh timbul masalah apabila berlaku perselisihan antara pemilik kongsi.

Ringkasnya, Tanah Geran Individu bermaksud ianya adalah milik penuh seorang individu. Manakala  Tanah Geran Kongsi pula adalah milik bersama melibatkan beberapa penama atau individu.

Avatar photo
/ Published posts: 5

Azie adalah konsultan berdaftar Madani Properties dengan kepakaran di dalam pembinaan hartanah berkaitan Banglo & Cluster Homes serta membantu kakitangan kerajaan, GLC dan swasta di dalam menguruskan proses mendapatkan pinjaman perumahan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments