Apa Itu Freehold dan Leasehold

In Kewangan Komuniti
May 23, 2025

Perkara asas tentang Leasehold dan freehold yang perlu anda tahu adalah ianya merujuk kepada jenis pegangan tanah, iaitu hak pemilikan ke atas sesuatu hartanah.

Jenis pegangan ini penting kerana ia mempunyai kesan terhadap nilai, tempoh pegangan dan juga hak pemilik.

Perbezaan utamanya adalah seperti berikut:

Freehold (Pegangan Bebas)

Pemilik mempunyai hak milik penuh ke atas tanah dan hartanah tersebut selama-selamanya (selagi tidak dijual atau diambil balik oleh kerajaan). Tempoh pegangan, tiada had masa dan milik adalah kekal.

Kelebihan

Freehold adalah nilai tanah di pasaran lebih tinggi, mudah dijual atau diwariskan dan kurang sekatan dari pihak berkuasa.

Kekurangannya

Harga belian biasanya lebih mahal jika anda adalah pembeli dan semakin sukar didapati di kawasan bandar utama.

Leasehold (Pegangan Pajakan)

Pemilikan adalah berdasarkan pajakan dari kerajaan untuk tempoh tertentu, biasanya 30, 60 atau 99 tahun. Tempoh pegangan ada had masa. Selepas tempoh tamat, hak milik kembali kepada kerajaan kecuali jika diperbaharui.

Kelebihannya

Harga belian biasanya lebih murah dan lebih banyak projek perumahan mampu milik dibina atas tanah leasehold.

Kekurangannya

Nilai mungkin susut apabila tempoh lease semakin pendek. Proses penjualan dan pinjaman lebih rumit jika tempoh lease tinggal kurang dari 60 tahun. Perlukan kos tambahan untuk memperbaharui pajakan.

Freehold vs. Leasehold

Sekiranya anda membeli sesebuah rumah untuk pelaburan jangka panjang atau untuk diwariskan, freehold mungkin adalah pilihan terbaik.

Tetapi untuk jangka sederhana, pendek atau jika faktor bajet adalah keutamaan anda, leasehold mungkin wajar dipertimbangkan.

Avatar photo
/ Published posts: 5

Azie adalah konsultan berdaftar Madani Properties dengan kepakaran di dalam pembinaan hartanah berkaitan Banglo & Cluster Homes serta membantu kakitangan kerajaan, GLC dan swasta di dalam menguruskan proses mendapatkan pinjaman perumahan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments