Bayangkan jika bajet sukan negara disalurkan ke arah merakyatkan sukan (bukan menyukankan rakyat). Apa yang boleh anda bayangkan jika pertukaran drastik dan luarbiasa ini berlaku?
- Bayangkan setiap daerah mempunyai kolam renang komuniti yang moden.
- Bayangkan kemudahan gym moden untuk rakyat.
- Bayangkan peluang pekerjaan kepada graduan sains sukan di universiti tempatan.
- Bayangkan fasiliti memanah rakyat bersama kemudahan sukan berkuda di setiap daerah yang lebih hebat daripada yang ada di Taman Tasik Titiwangsa di bawah kendalian DBKL.
Itu hanyalah sebahagian kecil daripada “bayangkan”. Ada banyak lagi kebaikan untuk golongan massa jika bajet tersebut disalurkan ke arah merakyatkan sukan.
