
Ya betul! Hidup di bandar semua ada. Senang nak cari duit, asalkan rajin. Bermacam kemudahan dan tak pernah sunyi. Tapi hakikatnya hidup di bandar sangat memenatkan.
Setiap hari, semua makhluk di bandar perlu menempuh kesesakan lalu lintas yang menyesakkan jiwa terutama yang sedang terkejar-kejar dan jarak agak jauh dari kediaman ke pejabat.
Jika di luar bandar masa banyak dihabiskan dengan pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat seperti berkebun di sekeliling rumah dan sebagainya, di bandar pula umur anda kebanyakannya bergerak di jalan raya.
Itu belum dikira tahap stress sepanjang perjalanan dan mungkin juga sebagai tambahan kepada bayaran tol yang terpaksa dibayar untuk kecepatan sekadar beberapa minit.
Apabila perspektif diubah ke bulanan pula, kos hidup bulanan di bandar tinggi. Makanan, sewa rumah dan pengangkutan dan sebagainya.
Semuanya menjurus ke arah tompokan pelbagai jenis stress.
Nak mengurangkan stress, pergi window shopping sebagainya, semuanya perlukan duit. Untuk release stress pun kena bayar. Paling kurang bayar Grab atau minyak motor.
Segalanya tentang beban!
Mungkin anda patut mula meletakkan kehidupan di luar bandar sebagai satu perspektif baru atau simulasi kehidupan yang mungkin lebih bijak.
Bayangkan kehidupan yang lebih tenang, udara segar dan kos sara hidup lebih rendah.
Kawasan luar bandar sekarang bukan lagi macam era selepas perang Jepun. Bermacam-macam kemudahan dan pembangunan yang selaras dengan perubahan zaman.
Walaupun tidaklah hebat seperti di bandar tetapi cukup untuk menjalani kehidupan yang low stress dan mungkin cara terbaik menikmati nikmat hidup sementara di alam ini.
So, fikir-fikirkanlah dan buatlah pilihan bijak untuk hidup yang lebih seimbang dan bahagia.