12 views 2 mins 1 comments

Nak Mengubah Hidup, Mulakan Dengan Keputusan

In Kisah Hidup
May 07, 2025

Apabila kita merasakan segalanya seolah-olah tersangkut atau tiada perubahan yang positif di dalam hidup, mungkin kita sendiri perlu membuat beberapa keputusan untuk mencipta perubahan sebagai jalan keluar.

Salah satunya adalah dengan keputusan berhijrah. Hijrah ini boleh wujud di dalam pelbagai bentuk tetapi mungkin berhijrah tempat bermastautin adalah antara perubahan yang terbaik.

 

Comfort Zone & Hijrah

Kebanyakan kita selalunya akan terleka di dalam comfort zone.

Terlalu leka dan selesa di sesuatu lokasi atau kedudukan dan tidak pula ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan positif.

Sejujurnya, ini adalah yang paling menakutkan iaitu seolah-olah terlampau redha dengan keadaan kehidupan negatif yang dilalui sehari-hari.

Sedangkan terdapat pelbagai peluang di luar sana untuk memperbaiki diri dan kehidupan.

 

Harga Sebuah Perubahan

Namun begitu, seperti biasa, penghijrahan dan tindakan untuk menghasilkan perubahan memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Selain itu adalah kecekalan hati untuk melalui fasa “pedih” bagi sesuatu tempoh sepanjang usaha membuat perubahan atau penghijrahan tersebut.

Kadang-kadang, mungkin juga terpaksa berpisah dengan kawan, saudara mara malah komuniti yang biasa anda temui setiap hari.

Tetapi, inilah antara harga perlu dibayar demi sebuah kejayaan yang akan bermula dengan penghijrahan.

Pastinya juga akan ada pelbagai macam ujian perlu dilalui.

 

Keputusan & Perubahan Hidup

Ya! Itulah antara harga yang perlu dibayar dalam setiap keputusan.

Wajah baru, orang baru, kenalan baru, mungkin juga tempat kerja yang baru; anda akan perlukan masa, keberanian dan kesabaran untuk menyesuaikan diri.

Pesanan terakhir, jangan takut akan ujian!

Di dalam ujian tersembunyi rahmat dan peluang berharga buat kita.

Apa yang kita perlukan adalah percaya dan yakin dengan keputusan yang telah diambil.

Percayalah dengan pertimbangan anda dan percayalah diri – bahawa, cahaya tetap akan bersinar akhirnya.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments